Mengimbas kembali memori ketika berada di Bait Al-Amin.
Sungguh aku terharu dengan anak-anak disana.
Nama kalian tidak ku lupa.
Sentiasa ada dalam doaku.
Pada 10 Februari, aku telah pergi ke Bait Al-Amin untuk bersama-sama dengan mereka.
Kedatangan ini mungkin dalam keadaan yang singkat.
Program yang aku rancang, tidak memuaskan hatiku.
Tapi... Aku beruntung.
Kerana aku telah mencapai impianku.
Pergi melawat ke Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Warga Miskin ini adalah program kali pertama yang aku laksanakan. Ya, syukur ke hadrat Ilahi, walau banyak dugaan yang aku hadapi, aku teruskan juga rancangan ini.
Satu persatu dugaan menyapa.
Aku hadapi dengan tenang.
Aku tahu DIA ada bersama aku.
Tatkala, hati ini mengeluh kesusahan,
aku menyedarkan diri ini, "Nak buat benda baik, mesti ada halangan"
Aku tak putus berdoa...
Terima kasih ya Rabb!
Bergerak dari Kuala Kangsar pada pukul 9pagi. Dan sampai di Bait Al-Amin pada pukul 10.30pagi.
Tiba di sana, aku rasa sebak. Melihat anak-anak disana.
Terlihat wajah kegembiraanya.
Kami bersalam-salaman.
Kami berkenal-kenalan.
Mengeratkan ukhwah yang suci ini.
*Ada masalah sikit waktu program nak dijalankan. Salah aku hoho :3
♥ Terima kasih diucapkan kepada Encik Rozelan Zamzuri kerana sudi menyambut kedatangan kami.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Bersama mereka, aku berasa bahgia.
Sukar diungkapkan, tai itulah hakikatnya.
Seakan-akan bersama dengan keluarga sendiri.
Sungguh indah jika ukhwah ini hanya kerana SI DIA, iaitu Pencipta segala makhluk.
Gelagat dan kenakalan mereka telah mencuit hatiku
Sehingga rasa tidak ingin berpisah lagi.
Kemanjaan mereka sangat berbekas dihati ini.
Sehingga sekarang, memori bersama kalian, tidak aku lupakan.
Program pada waktu petang iaitu adalah perkara yang telah dikunci dalam akalku.
Sungguh, gelagat kalian telah membuat aku jadi gembira.
Saat yang paling indah sewaktu sesi taaruf ketika kami bergelak ketawa bersama-sama ketika acara rebut kerusi dijalankan.
Disitu, ukhwah makin rapat.
Terkadang, rasa ingin menetap bersama kalian.
Entah mengapa, hatiku sudah pergi bersama Bait Al-Amin.
Sukar diungkapkan.
Hanya DIA yang mengetahui.
Setelah seharian bersama dengan penghuni di Bait Al-Amin,
sudah tiba masanya untuk kami mengundur diri.
Dengan perasaan yang bercampur baur,
ku berpesan pada diri ini,
"Jangan bersedih. Allah telah mempertemukan kamu dengan mereka.
Ada rezeki, kamu jumpa lagi."
Tapi tetap tidak dapat mengurangkan rasa sedih ini.
Sebelum kami meninggalkan teratak ini,
penghuni Bait Al-Amin telah menghadihkan sebuah lagu kepada kami.
Iaitu, sebuah lagu yang bertajuk "Pelangi Petang" :(
Sebak sangat...
Menangis teresak-esak.
Untuk terakhir sekali,
kami bergambar untuk disimpan sebagai kenangan.
Semoga ukhwah yang dibina ini kekal hingga ke SyurgaNya.
Rasa sayangku terhadap kalian tidak pernah berubah.
Ketahuilah, nama kalian sentiasa ada dalam doaku.
Sekian.
*Gambar takde*
************************************************************************
Gambar di'cilok' daripada FB Bait Al-Amin.
|
About
Gadis tepi balkoni.
Penuntut ilmu di Mesir.
|