Home Twitter Follow
Posted Sunday, 1 September 2013 // 0 comments (+)
Ibu yang telah bersusah-payah membawa kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan 10 hari. Ibu yang telah melahirkan kita. Ibu yang telah menyusukan kita. Ibu yang telah mendidik kita. Patutkah kita lupakan pengorbanan seorang ibu?

Ada pepatah mengatakan “Manusia mudah lupa”. Adakah kita tergolong dalam golongan manusia itu? Sanggupkah kita melupakan pengorbanan yang sangat besar dari orang yang telah melahirkan kita? Naudzubillah min zalik.

Selepas taat kepada Allah, yangkeduanya ialah taat kepada ibu bapa. MasyaAllah! Sungguh tinggi derajat ibu bapa ini. YaAllah, jauhi ibu bapa kami dari api neraka.

Walau kamu tidak derhaka terhadap ibu bapa kamu, kamu juga tidak boleh derhaka kepada ibu bapa orang lain. Jangan hina orang! Manusia ini adalah hamba yang lemah agi tidak sempurna. Melakukan dosa tanpa henti-henti.

Ingatlah bahawa hidup ini bagai roda berputar. Sekejap kamu akan berada di atas, sekejap kamu akan berada di bawah. Jadi harus berhati-hati. Jangan asyik untuk menilai orang itu ini. Kelak kamu juga akan merasa perkara yang sama.

Tika aku mencoretkan cerpen ini… Tiba-tiba aku teringat akan sebuah kisah. Seorang ibu datang untuk berjumpa dengan anaknya yang sedang belajar di sebuah sekolah berasrama penuh, tetapi kedatangan seorang ibu itu diendahkan kerana ibu itu tidak mempunyai kereta mewah.

<Pada hari tersebut, si ibu ini menyediakan makanan kegemaran untuk anaknya itu. Pagi-pagi lagi, si ibu itu menyediakan segala kegemaran anaknya. Si ibu bercadang untuk membuat kejutan kepada anaknya. Dia pergi ke sekolah anaknya menaiki motor  lama yang sudah buruk.

Si ibu menaiki motor keseorangan dari Taiping ke Kuala Kangsar menggunakan jalan lama. Hampir 1 jam setengah si ibu itu menunggang motor tanpa ditemani oleh sesiapa. Walaupun si ibu mengalami sakit-sakit pinggang akibat menunggang motor menggunakan jalan yang berlubang-lubang, tetapi demi anaknya… si ibu tidak kisah asalkan si anak berjaya.

Akhirnya si ibu sampai di sekolah anakmya itu. Gembira bukan kepalang apabila melihat anaknya sedang seriadah bersama kawan-kawannya. Namun si anak masih tidak Nampak ibunya lagi. Si ibu pergi ke pondok pengawal. Lalu si ibu bertanya…

“Saya nak jumpa dengan anak saya. Boleh tolong panggilkan anak saya?”
Seorang lelaki yang berumur dalam linkungan 40-an menjawab…
“Boleh-boleh. Apa nama anak puan ye?”
“Nama anak saya Hilman Razif. Tolong panggilkan dia ye?”
“Sekejap ye puan.”

Si ibu tersenyum lalu lelaki yang bekerja di pondok pengawal itu membuat pengumuman.

“Perhatian!!! Kepada pelajar yang bernama Hilman Razif, sila ke pondokpengawal sekarang. Ibu anda ingin berjumpa.”

Hilman Razif sedikit terkejut apabila namanya dipanggil. Lalu dia mengintai dri tempat dia beriadah bersama kawan-kawan sebentar tadi. Terkejut bukan kepalang, ibunya datang dengan menaiki motor. Si anak berasa sangat  malu. Dia terus naik ke bilik asrama lalu mengendahkan panggilan itu.

Setelah menunggu selama beberapa minit, baying si anak sudah tidak kelihatan lagi. Si ibu teasa hati dengan sikap Hilman Razif. Lelaki berumur 40-an itu membuat pengumuman lagi.

“Diulang suara! Perhatian kepada Hilman Razif, ibu anda ingin berjumpa di pondok pengawal sekarang. Sila turun!”

Hilman Razif sudah tiada pilihan. Dia terpaksa turun untuk membuat helahan lain.
Dia malu keran ibunya menunggang motosikal buruk.

Si ibu gembira apabila melihat si anak sudah turun. Si anak berjalan perlahan-lahan ke arah pondok pengawal. Si ibu terus memanggil nama manja Hilman Razif.

“Ajipppp!!!!!!”

Hilman Razif masih diam membeku. Si ibu jadi buntu lalu si ibu berkata lagi…

“Ajip, ibu bawak makanan kegemaran Ajip. Nanti Ajip bagi kawan-kawan Ajip sikit ye?”

Muka Hilman Razif sudah merah padam akibat malu apabila kawan-kawan yang lain sedang memerhatinya. Lalu…

“Eh makcik ni siapa? Saya tak kenal makcik! Ibu saya ada di KL. Kerja di Putrajaya! Saya tak pernah jumpa makcik!”

Si ibu terkejut dengan perlakuan anaknya. Si ibu merasa dirinya tidak beerti lagi. Si ibu berpura-pura bersalah dan meminta maaf kepada anaknya.

“Nak, maaf ye. Muka anak sama dengan muka anak makcik. Makcik jadi teringat-ingat dekat anak makcik. Maaf ye. *senyum*”

Hilman Razif terus berlalu pergi tanpa mengendahkan ibu kandungnya. Si ibu mengucapkan terima kasih kepada lelaki yang berumur 40-an itu kerana telah menolongnya.

Si ibu berasa kecewa dan menyesal. Sepanjang perjalanan balik dari Kuala Kangsar ke Taiping, si ibu menangis teresak-esak apabila mengenang kembali dengan trajedi yang telah berlaku tadi.>

Kesimpulannya, si Hilman Razif ibarat watak Si  Tanggang. Oleh kerana keluarganya berasal dari keluarga yang susah, dia malu untuk mengaku. Malah dia tidak mengendahkan lagi.

Fikirlah perasaan seorang ibu membesarkan kita. Bersusah-payah mendidik kita. Apabila kita sudah berjaya, kita melupakan jasa ibu bapa kita. Ibarat “kacang melupakan kulit”.


                           RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL ;)
by Nurin Hidayatul Adlin.
◀ RECENT ENTRIES | HOME


About
Gadis tepi balkoni. Penuntut ilmu di Mesir.
Recent Updates
    Credits
    Layout created by mymostloved with background from sheiskits and inspiration from sagacity.